Friday, 23 November 2012

Gelak & Ketawa - Bhg 1

Cerita 1

Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut
dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".


Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".




========================================================================

Cerita 2

Fakta Yang Memang Auta Tetapi Tetap Fakta...

1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan mengeluarkan bunyi.

2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.


3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan babi dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.

4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.

5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah, tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu, mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya


========================================================================

Cerita 3

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&



No comments:

Post a Comment