Wednesday 6 April 2011

Aku & Ciptaan Allah SWT

Hari aku tak da crita untuk dikongsikan.... cuma sedikit gambar untuk dihayati, dan dijaga oleh umat manusia..... jangan lah kita lalai dalam menjaga nya.... kelak binasa....

sesetengah pihak bersifat rakus menghimpun kekayaan dunia dengan menjalankan projek pembangunan mega sehingga sanggup merosakkan ekosistem alam. Gunung-ganang ditarah tanpa kajian dan penelitian, pokok balak ditebang secara haram, kawasan tadahan hujan dibotakkan sewenang-wenangnya sehingga seluruh hidupan termasuk manusia dan haiwan menderita menanggung akibatnya
Disebabkan kerakusan serta sifat tamak manusia yang mengabaikan tanggungjawab memelihara alam semula jadi ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan bencana yang akan mengganggu kehidupan mereka sendiri. 

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." 

(Surah ar-Ruum, ayat 41). Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.


































(Surah al-Baqarah, ayat 205). Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77). 

Penciptaan kehidupan di atas muka bumi yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis flora dan fauna memerlukan penjagaan dan pemeliharaan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan lancar dan baik. Aturan kehidupan tersebut yang seimbang adalah menurut sunnatullah yang sentiasa beroperasi untuk memastikan manusia mendapat faedah daripadanya. Sistem yang amat istimewa diciptakan Allah ini dikenali ekosistem yang sangat unik dan sistematik. 

Friday 1 April 2011

Aku & Karya Zint

hari nie aku nak cerita pasal komik lak.... nie la kawan aku masa kecik2 dulu n skang nie... aku&komik memang tak dapat dipisahkan... hehehhe... aku ingat lagi komik first aku beli "DRAGON BALL episod 30 rasenya.... mase aku beli komik first nie, aku dapat tentangan hebat dari mak aku.... perggghhhh!!! lau korang dengar ayat nie insaf la kejap... kejap jea la... nie antara ayat famous my mom:

  • ang nak wat pa beli buku kartun tu, lau beli buku latihan tak pa gak dapat jugak ilmu, nie dak duk beli buku merepek2... 
  • bak nie mak nak rebus buku tu... leh gak makan2... (lau buku latihan pun tak leh makan gak... hehehehh)
  • membazir ja.... pas nie mak tak bagi dah ang duit belanja skolah
ayat tu la aku duk slalu kena.... adeiiiiii!!!! sampai skang la aku leh hafal... la ne pun slalu duk kena macam tu gi.... tapi bukan tu aku nak critakan.. mukadimah ja tu... la nie aku nak crita pasal karya yang paling aku minat, KARYA ZINT dia nie orang malaysia.... mmg sume koleksi zint nie aku ade simpan komik2 nya.... excited dok....jalan crita dia mmg menarik, ala ala kartun jepun sket.... tapi mmg best... lau hero cerita dia mmg kompom hero perwatakan orang bodoh tapi cool... paling aku minat karya zint nie " UNDER 18" rase nya cerita nie yang paling meletop bagi aku, dia punya gaduh, lawak bodoh dia, jlan cerita dia, karakter kartun dia,
perrrrggghhhhh!!! 5star la bagi aku hehehehhehe..... cerita UNDER 18 nie simple ja.... tapi nilai-nilai dia taruk dalam tu mmg bermakna bagi aku.... macam nilai "PERSAHABATAN, KESETIAAN, MASALAH SOSIAL, n banyak lagilah.... korang baca la sendri... mmg tak rugi lah kalau korang beli.... KARYA ZINT nie banyak... bukan UNDER18 ja.. banyak lagi komik2 dia, macam 2DUDE, HERO, HACKER, K.O KING, M.F.E.O, dan banyak lagi..... cukuplah stakat nie aku cerita sal KARYA ZINT... hehehehehe...